Saturday, June 21, 2014

Kaki

Kadang-kadang kau suka menendang,
Kau berjalan,
Jauh berkilo-kilo,
Tapi kau tak sedar,
Kau tak sedar yang kau lemah,
Kala waktu muda,
Kau menendang menyepak memijak yang tak berdosa,
Kala tua,
Kau sakit sana,
Sakit sini,
Kau macam budak kecil menangis kesakitan,
Ketika itu kau sedar kebodohan kau masa lalu,
Tiada guna jika yang diseksa sudah tiada,
Hanya pada Dia kau memohon keampunan.

Thursday, June 19, 2014

Hati

Kau punya perasaan,
Kau mengawal ia,
Tetapi ada ketika kau lupa pada Dia,
Perasaan kau berbolak-balik,
Sekejap cinta,
Sekejap tidak,
Sekejap itu,
Sekejap ini,
Kau dikacau dibisik diganggu lagi oleh nafsu,
Hati kau dijentik oleh makhluk yang tidak sepatutnya berganding dengan kau,
Kau diam,
Kau muhasabah,
Kau temui jalan,
Kau kembali pada Dia,
Kau sentap.

Duit

Kerana terlalu berharga,
Kau lupa segalanya,
Tidak kira mana puncanya,
Kau tetap melihat ia dengan mata purnama,
Sedikit demi sedikit kau ditelan oleh sifat tamak,
Ada masanya ketika tebal,
Kau lempar ia merata-rata kerana nilainya rendah,
Kau kata ah ! Syiling ja,
Musibah datang,
Kau nipis,
Kau kembali ingat,
Kalau tidak ada sepuluh sen tak cukup sejuta,
Ketika itu sifat tamak ditelan oleh sifat jimat cermat,
Kau punya duit,
Kau bersyukur.


Semangat

Manusia,
Semangat kau akan hilang apabila kau lemah,
Jika kau dicampak dan dikunci di dalam peti besi,
Kau pasti akan rebah dan meracau,
Kau akan buntu,
Kau mencarik-carik baju kau,
Kau mungkin akan menjadi gila,
Mungkin kau akan fikir tiada jalan untuk kau keluar dari peti besi itu,
Tapi kau salah,
Kau salah wahai manusia,
Keajaiban itu milik Dia,
Kau berdoa,
Kau fikir,
Kau usaha,
Ketika itu semangat kau bangkit semula,
Kau jumpa semangat.